LOGO SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR
SIMBOL-SIMBOL DALAM LOGO
- · Bulat melambangkan Pusat Pendidikan yang bersifat global.
- · Treble Clef dan Violin yang melambangkan kesenian dalam bidang muzik.
- · Pohon Beringin abstrak yang melambangkan kesenian dalan bidang teater.;
- · Penggunaan berus lukisan secara simbolik yang melambangkan keseniaan dalam Seni Visual.
- · Penggunaan simbol alunan sebagai prinsip pergerakan dalam seni.
PENGGUNAAN MUKA TAIP
Penggunaan
muka taip perkataan Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur menggunakan muka taip
yang teguh, gagah, mampat dan padu seperti yang ada dalam diri Pewaris Budaya
Bangsa yang juga merupakan slogan SSeMKL.
PEMILIHAN WARNA
- · Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan dalam kedaulatan mewarisi budaya bangsa.
- · Unggu melambangkan keunggulan, ideal dan bersifat professional dalam sistem Pendidikan Negara.
- · Putih melambangkan kesucian budaya, keseniaan dan adat resam bangsa Malaysia.
Gubahan/Idea
Logo/Olahan:
Puan Noor Aini Binti Jaaffar
(Mantan Pengetua SSeMKL)
Puan Roziah Binti Ahmat Nor
(PK Seni SSeMKL)
LAGU SEKOLAH SENI
MALAYSIA KUALA LUMPUR
Berdiri megah membudayakan bangsa
Memartabatkan seni warisan Malaysia
Aspirasi kami menuju wawasan Negara
Mengembleng ilmu nadi budaya khazanah mulia
Melonjak nama kesenian bangsa
Dalam arena visual, muzik, tari dan teater
Gemalai rentak tarian budaya etnikku
Seindah bait-bait laguku nan syahdu
Lontaran kata di pentas dunia
Lukisan jiwa sehalus seni budi bahasaku
Kamilah pewaris budaya bangsa
Inventif Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur
Inventif Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur
“Vibrant and Versatile”
Ciptaan : En.
Wilson Stephen Tingon
Ketua
Bidang Seni Muzik SSeMKL
Gubahan Muzik : En. Faridzz bin Muhamat Roli
Jurulatih
Seni Muzik SSeMKL
En.
Wilson Stephen Tingon
Ketua
Bidang Seni Muzik SSeMKL
Lirik : Pn. Azlina binti Mohd
Ali
Ketua
Bidang Bahasa SSeMKL
hello
ReplyDelete